profile founder
PROFAIL
PENGARAH
Ram Era Technology Sdn Bhd diuruskan oleh
golongan professional muda dan mempunyai iltizam yang tinggi dan mempunyai
pengalaman lebih 15 tahun didalam dunia ICT secara keseluruhannya.
a. Pengarah Urusan
Wan Mohd Zaki bin Wan Abdullah merupakan graduan dari Universiti Malaya
dalam bidang Sains & Pendidikan. Kemudian beliau menyambung pelajaran dalam
bidang Pengurusan Kejuruteraan &
Pembuatan. Bertugas sebagai pensyarah KUSZA dari tahun 1983-2004.
Menubuhkan RAM-ERA pada tahun
1990 atas dasar minat dalam bidang perniagaan. Memulakannya secara kecil-kecilan tanpa
mempunyai wawasan yang besar kerana masih bertugas sebagai pensyarah di KUSZA.
Namum begitu, dengan mengamalkan prinsip-prinsip kejayaan, RAM-ERA berjaya
mengharungi pahit getir bidang perniagaan dengan jayanya. Malah beliau merasa
bangga kerana RAM-ERA adalah diantara beberapa buah syarikat tahun awal 90-an
masih beroperasi sehingga sekarang. Malah RAM-ERA dengan bangganya menyatakan
ia adalah syarikat IT Bumiputera yang paling lama beroperasi di Kuala
Terengganu.
Setelah mengambil pencen awal
sebagai pensyarah KUSZA pada tahun 2004, beliau bepeluang untuk memberi tumpuan
yang lebih kepada aktiviti perniagaan RAM-ERA. Perkembangan perniagaan
menampakkan peluang yang cerah untuk
muncul sebagai sebuah syarikat yang tinggi dayasaing.
Wawasan beliau untuk RAM-ERA
adalah untuk menjadi rakan kongsi HP (Malaysia) SDN BHD dan syarikat
multinasional seperti DELL yang terbesar di Terengganu kalau tidak di Pantai
Timur menjelang tahun 2010.
Kini 2019, RAM-ERA diantara Top 3 yang terkenal dan terlama di Kuala Terengganu. Insya-Allah semoga RAM-ERA terus maju pada waktu akan datang...
Kini 2019, RAM-ERA diantara Top 3 yang terkenal dan terlama di Kuala Terengganu. Insya-Allah semoga RAM-ERA terus maju pada waktu akan datang...
Comments
Post a Comment